Home
Definisi
Sejarah
Aplikasi
Latihan
| |
Aplikasi Prinsip Archimedes Dalam Kehidupan
Seharian

1) Kapal Selam
 | Kapal selam mempunyai tangki pengimbang besar yang boleh digunakan untuk
mengawal kedudukan dan kedalaman kapal dari permukaan laut. |
 | Kapal ini dapat menyelam ke dalam laut dengan mamasukkan air ke dalam
tangki pengimbangnya supaya beretnya melebihi daya tujah ke atas. |
 | Untuk timbul di permukaan lautan, udara termampat digunakan untuk memaksa
air keluar dari tangki pengimbang supaya daya tujah ke atas yang bertindak
melebihi beratnya. |
2) Hidrometer
 | Hidrometer terdiri daripada satu bebuli yang mengandungi butir-butir
plumbum yang berfungsi untuk menetapkan hidrometer dalam keadaan tegak
semasa terapung dalam cecair. |
 | Apabila hidrometer diletakkan dalam cecair yang lebih tumpat, hidrometer
akan terapung dengan lebih tinggi kerana daya tujah yang bertindak ke
atasnya adalah lebih besar. |
 | Dalam cecair yang kurang tumpat pula, hidrometer akan tenggelam dengan
lebih dalam kerana daya tujah adalah lebih kecil. |
 | Berdasarkan prinsip keapungan ini, skala hidrometer boleh ditentuukur,
biasanya dalam unit g cm-3 untuk mengukur
ketumpatan cecair. |
3) Belon Udara
 | Belon udara panas boleh terapung di udara dan bergerak ke atas kerana daya
tujah ke atas yang bertindak pada belon melebihi berat belon itu. |
 | Belon menurun di udara apabila beratnya melebihi daya tujah ke atas.
Apabila belon berada dalam keadaan pegun, daya tujah ke atas sama dengan
berat belon. |
 | Berat belon boleh dikurangkan dengan menggunakan gas yang ringan seperti
gas hidrogen atau helium dalam belon untuk tujuan kaji cuaca. Bagi tujuan
rekreasi atau sukan pula, belon diisi dengan udara panas yang ketumpatannya
kurang daripada ketumpatan udara sejuk di luar. Dalam kes ini, berat belon
boleh diselaraskan dengan mengawal kuantiti udara panas dalam belon. |
4) Kapal Laut
 | Sebuah kapal laut adalah sangat berat tetapi masih boleh terapung di
permukaan laut kerana isipadu air yang disesarkan oleh sebuah kapal adalah
besar sehingga daya tujah ke atas kapal adalah mencukupi untuk menyokong
barat kapal tersebut. |
 | Walaupun kapal laut diperbuat daripada logam yang berketumpatan tinggi
daripada air laut, tetapi kapal direka dalam bentuk berongga supaya
ketumpatan keseluruhan kapal adalah kurang daripada ketumpatan air laut.
Jika tidak, kapal laut akan tenggelam apabila berat kapal melebihi daya
tujah ke atas. |
 | Oleh sebab ketumpatan air laut berubah mengikut kedudukan dan musim, maka
garis Plimsoll ditandakan pada badan kapal untuk memastikan bahawa muatan
yang diangkut kapal adalah pada tahap selamat. |
Kembali
|