Tujah Ke Atas Dan Prinsip Archimedes

 | Bacaan neraca spring didapati berkurang apabila
suatu objek yang dipasangkan kepada sebuah neraca spring ditenggelamkan ke
dalam sebuah bikar berisi air. View
|
 | "Kehilangan berat" ini menunjukkan
objek itu dikenakan daya tujah ke atas.
|
 | Tujah ke atas wujud di dalam cecair akibat
daripada perbezaan tekanan.
|
 | Prinsip Archimedes menyatakan bahawa tujah
ke atas yang bertindak pada jasad yang direndamkan separuh atau sepenuhnya
adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan.
|
 | Tujah ke atas suatu jasad bergantung kepada:
|
a) isipadu jasad, dan
b) ketumpatan bendalir
 | Bagi jasad yang timbul di atas cecair: |
a) Ketumpatan jasad kurang
daripada ketumpatan cecair
b) Tujah ke atas = berat
jasad
 | Perbezaan antara jasad terapung dan jasad tenggelam adalah seperti
berikut: |
Jasad Terapung |
Jasad Tenggelam |
a) Ketumpatan jasad kurang daripada
ketumpatan cecair.
b) Tujah ke atas lebih kuat/besar daripada berat
jasad. |
a) Ketumpatan jasad lebih daripada ketumpatan
cecair.
b) Berat jasad lebih kuat/besar daripada daya
julangan jasad.
|
Kembali
|